Thursday, August 20, 2015

ArRayyan Pet di Jasin, Melaka.

Alhamdulillah, ArRayyan Pet yang terletak di JC 167,Jalan Bunga Raya, Bandar Jasin Bestari, Bemban,Jasin Melaka telah dibuka pada Awal Jun 2015 yang lalu. Di sini terdapat pelbagai jenis makanan haiwan untuk si manja anda dari Super Premium hingga Ekonomi. Selain makanan kucing, kami juga menjual makanan anjing, burung, ayam, arnab, hamster dan sugar glider. Anda juga boleh dapatkan supplement atau ubat-ubatan di kedai ini. 

Antara makanan kucing yang ada di ArRayyan Pet termasuklah;

1. Taste of the Wild (Rusa & Salmon Ayam)
2. Evo
3. Royal Canin (Hair & Skin, Kitten, Persian, Fit 32)
4. Nature's Protection
5. Blackwood
6. Equilibrio (Adult, Kitten, Persian)
7. Proformance(Adult, Kitten)
8. Cat's Eye
9. Buttons and Bows
10. Happy Cat
11. Iams
12. MeraCat
13. Araton
14. Sunpro
15. Diamond Naturals
16. Sava Essentials
17. Love Cat.




Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 9 malam.

Burung budgie

Si arnab yang mengantuk haha.
 Selain itu juga kami menyediakan khidmat 'cat boardiang/hotel' berhawa dingin di sini. Bayaran adalah seperti berikut;

RM14/sehari (makanan dan pasir disediakan pemilik)
RM17/sehari (makanan dan pasir disediakan oleh pihak ArRayyan Pet)
RM20/sehari (apartmen 2-3 ekor makanan & pasir disediakan pemilik)
RM24/sehari (apartmen 2-3 ekor makanan & pasir disediakan oleh ArRayyan Pet)

Anak anak kucing yang ada untuk di 're-home'



mengantuk
terdapat juga hamster jenis biasa, robuwski & winter white.

Dapatkan semua keperluan si manja anda di sini, daripada shampoo, sangkar, carrier pelbagai corak, makanan kering dan basah, cat tree, cat house, cat bedding, scratcher, pasir kucing jenis biasa, kristal atau kayu dan macam macam lagi.

Jusz Spray juga terdapat disini. Sesuai untuk kucing yang tidak suka mandi/ sukar mandi dan juga bagi mengelakkan kutu, kurap, luka, bulu gugur dan berbau. Baunya sangat harum dan menyegarkan. Jusz Spray botol biru itu pula untuk di'spray' paa sangkar kucing anda supaya bebas bakteria dan fungus.

baja haiwan untuk menggemukkan kesayangan anda. Juga untuk memastikan kesihatan maksima untuk haiwan anda. Tidak digalakkan untuk haiwan yang sedang mengandung, kucing yang masih menyusu dan tidak digalakkan untuk kucing yang berbulu putih kerana berkemungkinan besar bulu tersebut akan bertukar menjadi kekuning kuningan.

Supplement terbaik untuk kucing anda semestinya dari Ocean Kiss. Mampu menggemukkan, menyihatkan dan meningkatkan daya tahan dan imun kucing anda.

Pelbagai produk kebersihan dan perfume dari jenama Dr. Pet.

harga makanan re-pack 1kg adalah tetap.

kepelbagaian produk di ArRayyan Pet.

Tuesday, April 14, 2015

Papa Johns Pizza - New Love

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah semuanya selamat. Actually kami baru pindah balik ke Malaysia for good. Means dah tak balik Japan dah dalam masa terdekat ni. Ya Allah busy gila tak tau nak cakap macamana, takde masa untuk diri sendiri tau! T__T Last time sepatutnya husband dah grad, tapi bagi alasan kat sensei lab nak lagi 6 bulan sebab tak ready nak balik hahaha sensei husband pulak baik gila so dia bagik je la. Kali ni, kena jugak balik sebab mentally dah ready nak balik. Actually tak pun since tetiba je GST kan, balik Malaysia pulak masa tu ngam ngam 1 April 2015, nangis tak berlagu sekejap kah!

Sebenarnya aku nak bercerita aka review sikit pasal Pizza kat Papa Johns ni. Tadi keluar p Station 18 Ipoh, jalan jalan kat AEON. Bestnyaaa AEON sebab lepas rindu kat Jepun! Sebabnya ada vending machine (Jepun merata rata vending machine aka mesin gedegang), then ada stroller & kiddie car sebiji macam kat mall mall di Jepun (in fact kitorang rasa dia import terus dari Jepun kot sebab sebiji sangat & brand pun sama haha) tapi kalau nak guna stroller bayi & kiddie car kena daftar kat kaunter pertanyaan, kalau kat Jepun amik je dia dah sediakan kat depan pintu masuk mall. lepastu juga, Daiso kat AEON dah pindah kat tingkat 2 dan jadi lebih besar dan banyak sangat barang. Ya Allah, tau tak kalau kat Jepun memang kedai 100 yen ni lah favourite hakak. Stress! haha. Tersenyum senyum masuk Daiso. Tebiat kan?

m

lazatnya!


Anyways, sebelum melalut dengan lebih jauh lagi, lepas dah round round AEON jap, we decided to balik & jemput adik bongsu aku balik dari sekolah. Tetiba on the way nak hantar balik stroller tu, lalu lah depan Papa Johns. And suami terperasan promosi "Buy 1 Free 1". So we decided to give it a try. Valid untuk take away & untuk saiz 9" & 12" (saiz M, L & XL). kami amik saiz M sebab nak try dulu okay ke tak. Pilih 2 flavour, hawaiian chicken & garlic cheese pizza. Total termasuk GST & service tax? = RM28.50 SAHAJA! dah tu pulak memang sedappp! Berbaloi baloi sangat hoi memang lah Malaysia ni darul makan! Dan naik sekilo aku tak sampai 2 minggu dok sini. haha! dan tak payah susah susah nak buat sendiri dah lepas ni. kos pun lebih kurang dan jimat tenaga haha!

Selalunya beli pizza hut. Tapi aku taktaulah kenapa setiap kali makan pizza kat pizza hut, aku makan 1-3 piece/s sahaja. Sebab macam mungkin rasa kenyang cepat sangat atau bukan selera? Wallahualam.

Buy 1 Free 1 Papa Johns ni hanya valid untuk take away sahaja dan hanya setiap selasa. TAPI kalau korang jadi ahli (free je) setiap hari pun boleh take away Buy 1 Free 1 ni oh myyyy berlemak tepu lah begini dari ini. Kalau korang nak makan kat restoran dia, offer yang ada untuk bulan April 2015 ini ialah 50% off untuk pizza tapi kena order pasta/salad dia. hehe. A very good deal kan? Sedap dan service yang kami terima 2 thumbs up!


p/s: rindu nak berblogging. Tadi aku buat cheesekek leleh. Saje nak buat orang terliur muehehe!

Saturday, March 28, 2015

Resepi Roti Pita/ Roti Kebab

Aku buat roti kebab ni sebab nak menghabiskan tepung dan yis banyak gila kat rumah ni. Lepastu tetiba banyak masa dan rasa nak makan kebab. Kitorang kat sini memang jual kebab setiap hari jumaat. Dan roti dia selalunya kitorang beli kat Baticrom atau beli kat Katou. Tak terfikir pun nak buat ahaha ingatkan kena ada mesin dia rupanya tak payah pun takpe. Serius bau dia sebijik macam beli kat kedai. Btw haritu nak try buat kebab kat Malaysia, beli kat Mydin, roti kebab di rapun, hancur lansung tak boleh guna huwargh! Guna roti biasa je lepastu haha!


Bahan-bahan:
  • 1 1/8 cawan air suam
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak sayuran atau olive oil
  • 1 1/2 sudu kecil gula
  • 1 1/2 sudu kecil yis

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan kering (tepung, gula, yis dan garam) mix well kemudian campurkan air suam dan minyak sayuran tadi. uli doh selama 15 ke 20 minit. Rehatkan selama sejam.
  2. Setelah doh naik 2 kali ganda, bahagikan doh kepas 8 bahagian. 
  3. dengan menggunakn rolling pin, leperkan setiap doh tadi sehingga 6/7 inci tebal. Jangan nipis sangat sebab takut nanti poket dia melekat or takde. 
  4. Kemudian biarkan naik sekali lagi, rehatkan lagi selama 30 minit.
  5. Grilled/masakkan di atas non stick pan tanpa minyak selama 3 minit setiap bahagian. Dia akan mengembung, means dia tengah buat poket ahaha.
  6. Lepastu bolehlah isi roti pita tadi dengan isi kebab pilihan korang. Siap!

Kalau tau, buat dari dulu haha. Tapi serius kalau jual, memang nampak mudah tapi banyak kerja, agak leceh tapi sedapp!! Always our option kalau lapar. 

Friday, March 27, 2015

Homemade pizza dan topping pilihan cara aku

Assalamu'alaikum. Tau tau lah kan, hantu yeast dah aku sekarang i. Dahlah memang hantu roti, so bila dah pandai sikit bab yeast memang semangat lain macam lah sikit wakaka. Kat sini rajinlah aku nak membuat sebab susah nak dapat makanan ikut citarasa Malaysian kan. Balik kang makan mamak je weh haha!

Anyways, resepi ni aku dapat dari kak AzieJaya (siapa tak kenal dia?) Takde perubahan pun aku buat, cuma untuk makan 2 orang, aku bahagi dua resepi ni. dapat buat 3 pizza saiz besar macam pizza hut tu. tapi kalau ikut saiz orang barat, 3 saiz sederhana la kot haha!

ikut citarasa sendiri ya topping ni.
Bahan-bahan:

  • 3/4 cawan air suam
  • 1 sudu kecil yis
  • secubit gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar olive oil
  • Extra olive oil untuk lumur

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan kering (tepung, garam, gula dan yis), mix well dan kemudian masukkan air suam dan olive oil. Uli doh selama 15-20 minit. Jom ke langkah ke-2. Kalau ada stand mixer, pakai hook doh tu dan kalau ada breadmaker macam aku lagi senang cerita dia, letak setting 'dough' pastu biarkan sampai dia bunyi 'ting!'
  2. Letakkan doh ke dalam mangkuk yang sudah digris, lumur doh dengan olive oil. Tutup mangkuk denagn plastik wrap atau tuala lembab. Biarkan ianya rehat selama 45 minit hingga 1 jam.
  3. Selepas lebih kurang sejam, doh akan naik 2 kali ganda, tumbuk doh kemudian bahagikan kepada 3 bahagian atau 2. boleh juga buat saiz kecil kecil untuk mini pizza.
  4. Ambil satu bahagian doh, kemudian leperkan di atas pizza stone. Cucuk cucuk sikit topping tu pakai garfu, then bakar pada suhu 230 darjah selsius selama 5 minit.
  5. Sapu sos pizza dan bolehlah tabur apa apa sahaja jenis topping yang korang suka.
  6. Kemudian bakar semula pada suhu yang sama selama 15 minit.


 Kalau macam kami, suka hawaiian chicken dan tuna. So lepas sapu sos pizza, letakkan grilled chicken yang dah dipotong kecil kecil, cendawan, jagung, nenas yang dipotong nipis dan kecil then tabur cheese ikut suka hati korang. Kalau tuna pulak, aku campurkan tuna dalam tin tu dengan mayonis then baru distribute atas pizza. Sedap! banyak kali Encik Suami request, 3 hari berderet kot makan haha! Encik suami kata homemade ni lagi sedap dari pizzahut. Aku pun setuju sebabnya dari aku kecik sampai dah besa ni, kalau makan pizza kat pizzahut, paling maksimum aku boleh makan 3 slices je. tapi yang ni serius bertambah. Sekali sekala menambah lemak secara pukal T__T

Sotsugyo Omedettou Sayang!

Tahniah untuk suami, Ahmad Baihaqie Abd Razak sebab dah graduate :) Alhamdulillah apa apa halangan tu, semua itu ada hikmahNya. Now masa untuk memburu kerja di Malaysia! 

Pagi pagi bangun, Aisyaa pun pelik kena mandi awal pagi ahaha dengan sejuknya alahai sian anak ibu :') then beli sarapan kat 7E dan terus pecut p dewan lepas jemput Aki dari kosen sebab dia nak join jugak. 

VVIP atas pentas. 
Alkisahnya, duduk belakang sekali kat pintu supaya senang nak keluar kalau Aisyaa tak selesa. Pergh, memang aku duduk luar je kot sebab dalam tu macam panas bahang kot. kat luar nyaman sikit.Tinggalkan suami kat dalam, kejap kejap aku masuk dalam, tapi tak sampai 5 minitt pun! seminit je kot haha!
takde robe pun orang jepun, pakai suit je ehehe. Simple aje sudah. Balik Malaysia tunjuk sijil anyway

Tahniah untuk suami dan good luck Aki kat Nagaoka ni. Gambatte!
Anak solehah dan ibu dia. gambar tak clear sebab ambil masa dalam dewan yang cahaya tak berapa nak ado.
lepastu disebabkan sarapan pun makan ala kadar je, lepastu kak Aida ajak p Oubei sushi. balik rumah jap sebab husband nak tukar baju then pergi makan sushi. last katanya sebelum balik Malaysia sobss!
lepastu pulak terus p surau nagaoka dai untuk solat dan ada makan makan MADINA buat untuk para graduan. Budak budak punya performance serius comel gilaaa!
Ramai jugak yang akan keluar dari Nagaoka, tinggal beberapa je Nagaoka ni. Apa apa pun, semuanya dah selamat, sekarang ni busy mengemas rumah nak balik Malaysia. Ya Allah banyak gila buang baju and barang and banyak juga donate dan hantar ke kedai 2nd hand. Penat gila aih. 
 
Designed by UMIESUEstudio 2014 : AFIQAH AZMEE