Wednesday, January 27, 2010

ciri-ciri lelaki idaman wanita


nak ushar wanita? kat bawah ni adalah antara sifat-sifat lelaki yang mampu buat wanita cair. howowoe~  ni semua lula dapat dari pelbagai sumber yang dikumpul dan dari perspektif lula sendiri juga. so, enjoy and perhaps, learn. (:


1.       Yang menjaga imannya. Yang sentiasa menunaikan solat pada waktunya dan patuh segala suruhan-Nya. Yang mementingkan agama berbanding yang lain.

2.       Yang menghormati wanita dan orang lain. Amat tinggi budi bahasa ini! Nak 1 boleh? Haha.

3.       Yang sentiasa mengambil berat. Namun, bukanlah seorang yang terlalu ‘busy body’. Sepanjang masa asyik-asyik sms dan siasat apa yang dilakukan oleh sang wanita hampir sepanjang masa. Nanti perempuan naik rimas pulak. Entah-entah dia kat tandas ke ape ke, tu pun nak sibuk? Haish, susah ni.

4.       Yang menjaga dan melindungi dan penyayang. Wanita inginkan lelaki yang mampu menjaga keluarganya, dirinya,  dan hatinya. Sememangnya wanita takutkan ancaman dan bahaya. Dan semestinya lula takutkan keseraman, maka perlukan lelaki yang berani lawan jembalang semua haha.

5.       Yang mesra dan tidak terlalu serius. Kebanyakan wanita sukakan lelaki yang mempunyai sifat-sifat humor. Mereka mampu menjadi penawar di kala duka dan bila bersama pun taklah boring. Ada je yang nak di cakapkan. Biarpun kadang kala perkara yang dibualkan tu, mengarut. Ehhe. :D

6.       Yang berterus terang. Berterus teranglah dengan pasangan. Jika ada sesuatu yang sang wanita dapat tahu dari mulut orang lain tentang benda buruk yang telah anda lakukan, lagi nahas! Maka, lebih baik berterus terang. Mulakan sedari awal perhubungan agar ‘kepercayaan’ masing-masing tak di ragui. Kan? =)

7.       Yang mudah berkata “maafkan saya”. Tak payah panjangkan cerita. Lelaki begini memang sangat susah dijumpai. Sekali jumpa aku taknak lepas. Hoh hoh.

8.       Yang sukakan kanak-kanak. Kalau lula jumpa lelaki yang tak sukakan kanak-kanak, macamana nak hidup bersama kan? Dan ini adalah antara tanda-tanda yang lelaki tersebut adalah seorang yang panas baran. Fuish, dah lah lula tak suka kena marah. “ek eyleh. Ada aku kesah?” kata pembaca. hahaha..

9.       Yang melakukan kerjanya dengan baik. Apa yang ingin dilakukannya, lelaki tersebut akan pastikan yang ianya akan siap dan sempurna. In short, lelaki yang kurang malas, dan ada rajinnya.

10.   Yang mampu membuat keputusan dengan baik dan tepat. Lelaki akan menjadi ketua keluarga suatu hari nanti kan? Pastinya ciri-ciri ini yang paling diperlukan. inilah lelaki yang matang.


11.   Sayangkan keluarga kedua belah pihak. Inilah lelaki yang bertanggungjawab. Tak gitu?
 
12. Yang pandai mengucapkan kata cinta, pada waktu-waktu yang sesuai. janganlah setiap masa nak ucap kata cinta, nanti lama-lama basi je ayat cinta tu. hilang manisnya. 

13.   Yang mengutamakan kebaikan. Wanita sukakan lelaki yang berani untuk berkata, ‘tidak’ kepada sesuatu yang membawa kesan buruk kepada dirinya dan orang lain. Contohnya; Rokok serta perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.
14. Yang menjaga penampilan, kemas. pernah tak nampak wanita cun bersama lelaki yang 'tak berapa cun'? haa, wanita ni kalau betul-betul jatuh cinta, dia tak heran paras rupa kau dah. yang penting, kemas. lelaki yang tak selekeh, tu paling penting. wanita ni agak geli sebenarnya dengan lelaki 'Metroseksual'.

p/s tertampal di dahimu: ada apa-apa nak tambah? ke demand sangat wanita ni? hahaha. lelaki pun ada ciri-ciri wanita yang disukainya kan? so, fair and square i supposed. :D

17 comments:

DauS said...

aisemen..kalau ditakrif dalam sistem GPA, rsenye sy x lepas 3 pointer nih...haha

zOuL_iMMe said...

wahhhh..90% sume ciri tu ako da ade..hahaha

deusXmachina® said...

sungguh demand
sampai 14
erk888

Miss Lula said...

daus: haha.. yo yo ow je dia.. teehee~

Miss Lula said...

zoul: hamboih ni cemerlang sangat dah ni.. keep it up. haha.:D

Miss Lula said...

deus: haha.. sikit je tu.. thanx for dropping by tho. :D

NICK IRFAN said...

sy komen semua tau.. no 1 tu er.. er.. saya ni jahil jgk.. tp! no 2 tu saya ada sifat tersebut... serius! no3? hmm... ade kot? no 4 er.. er... belum dpt dipastikan... no 5 langsung xde kt saya.. sy bkn mesra sy serius.. no 6 mmg ade kt sy... no 7 pun ade kt saya jgk... no 8 langsung xde kt sy sy benci kanak2!! tak thu nape... no 9 takthu lak.. no 10 tu bukn saya... no 11 itulah saya!!!!!! no 12 tu bkn saya.. no 13 xthu la mcm mne? no 14 yg mmg bukan saya.. hehe jd mcm mne lula ske kt sy x??? wakakakakaka sory gurau.. ape2 pun smoga lula dpt lelaki ada smua ciri2 diatas.. amin...

p/s=sy ade soalan tag kat lula jwb tau...

zac zirwan said...

no 15..yg ensem..tpu la pompuan nk yg x ensem..

Miss Lula said...

nick: olololooo rajinnya nick jawab panjang2. terima kasih.. (:

huhu, manusia tak semua perfect kan.. sebab bila cinta datang, semua pun rabun.. hoho~:D

insyaALLAH n thanx 4 d tag! :D

Miss Lula said...

zac zirwan: taaakk.. tak semestinya.. macam saya, tak pandang deehh rupa2 ni.. nanti tua sama je muka bekedut memasing hoho~ :D

tapi depends lah atas perempuan tu..(:

aunishbini said...

saye nak tambah! heee
saye nak lelaki pandai berenang. sebab saye tak pandai berenang.nanti klo saye jatuh lam air, ha..tak la saye lemas :))

"ek eleh, ade aku kesah?" kata lula.

haha :P

Miss Lula said...

kak auni: haha.. boleh je.. kena buat ujian berenang dulu sbelum masuk meminang howowoe~ ;p

Moon Death Spell said...

haii sayang
ni kene suruh ex.boy moon bace ni

Nix Ajipopotamus said...

lorh. geli ke dgn laki yg metrosexual yg jaga muka sume tuh? mmmmmmmmm

Blue Orphar said...

erm...

Blue Orphar said...

erm...

Shuk_ArChie said...

Ok Fine... haha dah boleh jangka benda - benda ni la yang wanita nak.. :) sekurang - kurangnya post ni boleh bantu si lelaki2 yg masih tidur tu.. nice post!